Blog

PENGURUSAN SUKANEKA - METTLER TOLEDO (M) SDN BHD

17/03/2011 10:52
Tarikh:  12 Mac 2011
Tempat : Stadium Mini Shah Alam
Peserta: Staf Mettler Toledo (M) Sdn Bhd

D Awana Multitrade telah menganjurkan sukaneka sempena "Hari Sukan Mettler-Toledo (M) Sdn Bhd" . Alhamdulillah cuaca pada hari tersebut sangat baik berbanding pada hari persiapan di mana hujan dari pagi berlarutan hingga ke petang. Daripada persiapan untuk hiasan khemah dan hadiah, lega semuanya berjalan lancar. 

Syarikat ini memilih 8 acara sukaneka dan secara tidak langsung mereka akan diberi tambahan 1 acara sukaneka secara percuma. Mereka juga meminta D Awana Multitrade dalam membuat banner dan hiasan khemah bagi memeriahkan lagi suasana hari sukan tersebut.
 
Persiapan  sebelum acara sukaneka
 
Antara aktiviti yang dijalankan
 
 
>>

KELAS JAHITAN BAJU KURUNG

21/05/2010 08:33

KELAS JAHITAN BAJU KURUNG

Kelas Jahitan Baju Kurung akan diadakan dalam bulan Jun & Julai ini..

Sesi akan yang akan diadakan pada:

Tarikh :5, 6 dan 12 Jun 2010
Tempat : Giatmara Titiwangsa, Kg Baru, Kuala Lumpur
Masa : 10.00 pagi hingga 3.00 ptg
Yuran : RM 120

6 peserta pada satu sesi

Modul :
Teknik mengambil ukuran badan
Teknik mendraf pola
Teknik Menggunting fabrik
Teknik menjahit

Peralatan yang perlu dibawa sendiri adalah gunting kain, gunting kertas, kalkulator dan alat tulis.

Peralatan dan bahan-bahan lain ada disediakan.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi :

Ida - 0192254673

>>

Kelas Jahitan Langsir

13/04/2010 06:11

Kami Mengadakan kelas jahitan langsir pada hari minggu..

 

 

Tarikh  : 24 & 25 April 2010

Tempat : Giatmara Titiwangsa, Kg Baru Kuala Lumpur

Masa  : 10.00 pagi hingga 5.00 petang

Hari  : Sabtu & Ahad ( 2 hari sahaja )

Yuran : RM180 ( termasuk peralatan & bahan )

 

MODUL :

Scallop, France Pleat & Boxes Pleat

 

Peralatan dan bahan disediakan kecuali GUNTING KAIN, GUNTING KERTAS DAN ALAT TULIS perlu dibawa sendiri.

Jika berminat sila hubungi :

Ida - 0192254673

Anjuran :

Kedai Usahawan Giatmara, Jln Sg. Baru,

50300 Kg Baru , Kuala Lumpur ( berdekatan LRT Putra Kg Baru )


>>

Pilihan Untuk Si XL

16/03/2009 14:57

 

Bagi mereka yang memiliki pinggul yang lebar dan buntu mahu memakai baju tradisional yang boleh menutup pinggul anda yang lebar, selain baju kurung atau baju kebaya, apakata anda baca tips dan fesyen lain untuk baju anda.

Design yang pertama ala-ala kurung moden, tetapi ianya agak longgar dan selesa di pakai. Disamping itu anda boleh menyembunyikan juga pinggul anda yang lebar tu. Buatkan sedikit 'cutting' di bahagian pinggang. Terpulang pada pemakai. sama ada nak tambahkan lisu(dart) atau biarkan potongan lurus. Biasanya baju sebegini dipadankan dengan kain lipat batik atau kain belah. kain kipas belakang adalah kurang sesuai.Ini kerana baju tu agak labuh dan mencecah lutut..Jikalau anda ingin menggunakan fabrik yang kosong, tambahkan aksesori seperti sulaman atau manik di bahagian leher, lengan dan sebagainya. Potongan leher V juga dapat membentuk leher anda kelihatan lebih jinjang. Elakkan potongan leher yang berkolar.

Untuk design yang kedua.. ramai di antara kita yang terlupa dengan baju kurung kedah. Tahukah bahawa baju kurung kedah dapat memperlihatkan tubuh badan kelihatan lebih tinggi dan kurus. bukanlah bermaksud kita buat baju kurung kedah yang opah-opah selalu pakai tu. 'renovate' sedikit.. biasanya baju ini tidak ada lisu(dart).. tetapi boleh dipotong berpinggang tanpa ada lisu di bahagian belakang. Baju kurung kedah biasanya di gandingkan dengan kain kipas belakang atau lipat batik.. terpulang kepada pemakai. Labuh tangan pula adalah 3 suku. Tetapi juga boleh diubah menjadi labuh separas pergelangan tangan.

Design ketiga ala-ala mini jubah. Bukan jubah yang serkup satu badan tu.. tetapi yang biasa dipakai dengan seluar. Labuh baju jangan terlampau labuh sama seperti labuh baju kurung. ini akan menampakkan anda kelihatan lagi rendah.. potongan leher separa sampan juga dapat menjinjangkan leher anda. Cukup sekadar belahan di hadapan atau di sisi sahaja. Elakkan dari belahan baju di kedua-dua bahagian. Ini akan menampakkan anda kelihatan lagi lebar terutama di bahagian pinggul.

Bahagian sgt perlu dititik beratkan:

  • potongan lengan yang kembang tu akan menampakkan kelebaran badan anda lagilah lebar
  • baju kaftan juga tidak berapa sesuai dengan pemakai yang gempal
  • pilih pakaian yang berlengan untuk menutup rupa korang yang lebar terutama di bahagian sisi badan

selamat mencuba

>>
All articles

Items: 1 - 4 of 4

Search site

© 2008 All rights reserved.